Aku nak mnulis dan bercerita pasal pengalaman aku spanjang LI dan p site.. tapiiii... aku malas la.. nanti2 la k time aku rajin sikit nak mnulis dan edit gmbar.. muahaha...
P/S: baru balik langkawi.. pergh best siot.. ada org blanja coklat.. wee...
Monday, May 14, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Lapaq Pulut Durian
Dah semakin lupa
Dah semakin benci
Dah semakin hilang
Dah semakin kurang
Dah semakin menyampah
Dah semakin malas nak layan
Dah semakin terserlah kebodohan diri
Dah semakin bertambah pengalaman hidup
Syukur!
Apa gelak2! Betoi aku tak tipu!
Hahah
P/S: stresssss bnyk keja lately.. those project killing me softly.. wahaha.. dah siap, dah submit igt dah lepas. sekali kena tambah lagi. bila nak siap xtau.. wawawawa...
Monday, April 23, 2012
Oh operator the line is dead!
Sepanjang 22 tahun, ada satu jenis perasaan yang aku alami yang buat aku berada dalam angan-angan yang mustahil. perasaan tu pernah bertandang dua kali dan sudah mati. tapi. perasaan tu kembali lagi buat kali ke tiga sekarang ni. aku tak suka perasaan tu. sebab perasaan tu buat aku tak berpijak di bumi yang nyata dan buat aku hidup dalam mimpi ciptaan aku sendiri. aku benci. shuhshuhshuh. pergi mati sekali lagi!
Tuesday, April 17, 2012
Kerana Sikap
Sikap manusia zaman sekarang yang suka tulis isi hati kat FB telah memakan diri mereka sendiri.. hahaha.. ayat skema di situ ya.. Bdak sorang lg yg intern kat tmpat aku jugak tu kna pggil ngan org atas. tau tak sbb apa? sebab dia duk tulis status burukkan nama company.. aku tak tau la stakat mna keburukkan status dia tu sbb aku tak friend ngan dia kat fb.. haha.. tapi aku punya sv dah warn aku.. dia pesan jgn buat cam tu.. Xmolek la kan.. kita p kat situ nak tuntut ilmu, tetiba duk kutuk tmpat tu plak.. stakat aku duk kat situ, banyak bnda yang aku blajaq, bukan p duk goyang kaki almaklum la buat kat gomen.. im a lucky person, sebab aku ada banyak ilmu baru yang smakin bertambah.. banyak kerja yang nak kna siapkan.. banyak yang masih terbengkalai dan duk bertatih-tatih lagi nak bagi siap..
sikap tu yang pnting. aku pun bukannya baik sgt, tapi ada otak pikiaq la buruk baik dia kan.. sebab tu otak kita mai skali ngan pakej akal..
so moral of the story, ada masalah jangan la tulis kat FB, kalau tak tahan sgt, tulis dalam bahasa sindiran macam aku, jangan sebut nama... hahaha... paling koman, tulis lam diari tak pun cerita kat org keliling.. kalau aku, aku cerita kat tukang dengaq aku la.. Miss Chah.. hahaha...
tak sabaqnya nak abis intern. yang pnting, rutin p klas lagi syok dri rutin p keja.. la ni aku dah tau pasai apa org yg dah kja duk rindu zaman belajaq.. haha.. kalau xlarat boleh ponteng klas, tapi kalau dah keja, xlarat nak boleh buat apa? senyum hambar ja la kan... haha..
p/s: akhir2 ni bnda paling di meluatkan adalah tengok berita dan baca surat kabaq.. mencik politik! bila nak election xtau.. meluat nak dngaq isu nonsense.. Zzzzzz...
Monday, April 16, 2012
Bajet budak praktikal yang jarang sekali bajet cun.
Things to be paid
- Bayaq sewa rumah lg sebulan = 150 juta
- Bayaq broadband lg duabulan = 140 juta setengah
- Nak beli external hard disk (satu keperluan) = 250 juta
- Duit blanja harian = 200 juta
Jumlah Keseluruhan = berjuta-juta lemon.
Baki simpanan = 1 billion
harap-harap cukup baki simpanan untuk aku guna berpoya-poya lepas LI.
Terima kasih duit PT.
Thursday, April 12, 2012
Hari Khamis
Hari Malas Se Antero Donia.. ZZzzzz...
Sedang menunggu jam ke angka 3.30 pm.
p/s: bagi negeri-negeri yang cuti hari jumaat dan sabtu sahaja. tertakluk kepada terma dan syarat.
Sedang menunggu jam ke angka 3.30 pm.
p/s: bagi negeri-negeri yang cuti hari jumaat dan sabtu sahaja. tertakluk kepada terma dan syarat.
Wednesday, April 4, 2012
Perut Nyanyi-Nyanyi
Kerana kisah, hati hancur lebur
Kerana kisah, cinta pergi mati
Kerana kisah, aku bebas pilih
Kerana kisah, fikir luar otak
Kerana kisah, hipokrit jadi-jadi
Kerana kisah, sedang cuba cuba
cuba cari diri
cuba jadi diri
Kerana kisah, cinta pergi mati
Kerana kisah, aku bebas pilih
Kerana kisah, fikir luar otak
Kerana kisah, hipokrit jadi-jadi
Kerana kisah, sedang cuba cuba
cuba cari diri
cuba jadi diri
Sunday, March 25, 2012
haha
Hahahahari ni aku banyak gelak sorang-sorang.. serius lawak.. hahahhaha.. aku tengah gelak lagi ni...
Banyak bnda yang terjadi depan mata aku hari ni lawak belaka dan benda lawak tu aku nampak waktu aku duk sorang2.. hahaha.. gelak lagi sbb duk tringat lagi... Mau orang tengok aku, mesti org kata aku xbrapa.. haha
contoh ~ Tak sat ada orang(lelaki) up status kemain jiwang, jiwang tahap jiwa dan raga.. tetiba ada kawan dia buat bunyi meaww2... hahaha.. cam haram punya kawan.. potong stim btoi.. Kalau aku, sebagai lelaki sejati, aku delete facebook.. hahahaha...
p/s: kalau ampa rasa tak lawak jangan gelak tau.. rugi ayaq liuq.. sbb yang alami ja yang paham..
Thursday, March 22, 2012
Ble
Strike and Dip
Please be nice to me.
Please.
Its really confusing.
ble.. ble.. ble..ble..
Today is Thursday.
The day that had been waiting for.
ble.. ble.. ble.. ble..
The project.
The site report.
The picture editing.
The map to be done.
ble.. ble.. ble.. ble..
Weekends is coming.
Hope to feel free.
ble.. ble.. ble.. ble..
Please be nice to me.
Please.
Its really confusing.
ble.. ble.. ble..ble..
Today is Thursday.
The day that had been waiting for.
ble.. ble.. ble.. ble..
The project.
The site report.
The picture editing.
The map to be done.
ble.. ble.. ble.. ble..
Weekends is coming.
Hope to feel free.
ble.. ble.. ble.. ble..
Err
Bila masalah kecil di perbesar-besarkan dan diubah menjadi serumit-rumitnya.
Aku rasa orang yang macam ni hidup dia tak akan happy, sebab for them, all the thing are going to be a problem.
And.
All other people are wrong.
Just a random observation.
Haha.
Yaaa
Berat kaki melangkah
Terseret-seret ke hujung malu.
Terseret-seret ke hujung malu.
Tuesday, March 20, 2012
Smiling on my face
Now. I'm happy. Been watching movie titled April's Bride.
Kita benci dengan hidup kita, tapi orang lain hanya mampu berharap untuk masih bangun esok pagi.
Bersyukurlah sebab esok masih ada.
Done for the sad day.
Smile like always.
Kita benci dengan hidup kita, tapi orang lain hanya mampu berharap untuk masih bangun esok pagi.
Bersyukurlah sebab esok masih ada.
Done for the sad day.
Smile like always.
Hahahadoi
Pernah tak rasa benci dengan diri sendiri? Mesti la pernah kan.. Dan ini yang aku rasa sekarang. Tapi aku tau, penyakit ni akan terubat dengan sendiri. Biar masa saja yang tentukan segala. Sigh~
Lately ni aku selalu update blog sbb aku xdak choice nak luah kat sesapa. i don't want people to know, but i want people to know.. you know what i mean right? hahahaha...
Apa? suruh tulis kat facebook? loser dowh..
Baru-baru ni ada orang up status. Dia kata, "dah tak tau nak tulis status apa kat fb, then google lyric, copy n paste", then he said "kemon girls"... cliche... hahahaha... aku selalu buat weh.. tapi bukan sbb aku xtau nak tulis apa kat fb, tapi sebab macam sebab di perenggan ke dua.. hahaha.. i rephrase k ~ i don't want people to know, but i want people to know.. Hahaha.. you got what i mean? Melalui lirik2 lagu tu, aku nak bagitau apa yang aku tengah rasa waktu tu, apa yang aku tengah fikir atau apa yang aku nak luah waktu tu.. hahaha... Sebab tu aku sangat suka dengar lagu. Lagu2 tu macam tolong express apa yang aku rasa. I love music more and more.. Ok la dah cukup kot aku merepek kat sini sambil makan kerepek.
p/s: Hate and Love.
Sunday, March 18, 2012
Kuangkuangkuang
Dalam hidup aku ni tak banyak benda mencabar yang aku pernah buat. aku tak suka ambik risiko, aku lebih suka follow the flow.. sebagai contoh, aku lebih suka bontot aku di angkut jika mahu kemana-mana.. err.. i mean kalau nak keluar g mna2 orang yg bawak aku, kalau naik kereta jadi penumpang, kalau naik moto jadi pembonceng. kalau xdak driver naik prebet.. hahaha.. mmg sgt tak dakk keyakinan diri. duk sorang2 kat alor staq ni buat aku jadi seorang yang tak bergantung kat org lain dah n mmbuat aku jadi seorang yang berdikari dan terpaksa mencabar diri sendiri(terpaksa).. kalau tak terpaksa sapa nak tolon buat weh.. haha.. then last thursday for the first time in my life(ayat pergh) aku bawak moto dalam jarak yang jauh.. dari alor starr balik perliss. makan masa sejam jugak dan bontot wa kebas jugak la.. n bukan itu saja, ada rekod lain turut di pecahkan, aku bawak moto dari perliss balik alor starrr plak... hahahaha... ada beza ka? mesti la ada sebab aku balik dri perlis tu brtolak pukui 6.45 pagi... masih kelam buta.. tapi semangat kuat dan berkobar-kobar membuatkan aku sampai dengan muka ngantuk sbb mangkit awai.. muahaha... lepas ni aku xmau balik ngan moto dah la.. sbb org bawak kita lagi syokk dari kita bawak diri sndiri.. hahaha...
so aku ambik keputusan nak cari laki yang sudi disusahkan untuk angkut kemana saja yang aku inginkan... hahaha.. tu pun mau ada, mau takdak aku hire driver.. wakaka.. cuih kepada diri sendiri..
p/s: its hurt when i can't be myself.. i try but i can't.. Zzzzzzzzz....
Wednesday, March 14, 2012
Tikusanananaaaanananana
Aku ngantuk gila hari ni sebab aku terjaga pukui 3pagi tadi... macam haramjadah(makifull).. tau dak sebab apa? sebab tiba2 aku rsa sejuk2 kat lutut aku.. bukan aku kencing tilam weh... sejuk2 tapak kaki TIKUS panjat lutut aku... memang nokharom betoi la kan... geli nak mampuih... bulih pukui tiga pagi dia mai duk ambil kesempatan keatas diriku yang suci ini.. xdan aku tampaq gigi dia, dia smpat lari selamatkan diri.. aku terjaga terus bukak lampu n tak tutup dah.. lantak ahh kalo org sebelah terjaga ka... sapa suh bela tikuih.. pastu aku sambung tidoq balik, pastu terjaga lagi lbih kurang pukui 3.30 plak.. dia duk main dalam almari baju pulak dah... haissh.. bikin panas btoi la tikuih ni.. last2 aku mangkit, aku ambik semua baju aku, buh dalam beg baju biaq kosong almari tu.. hahahahahaha.. gelak puah ati.. padan muka ang xleh main dah... aku sambung tidoq, dan tiba2 jam bunyi pukui 6.. demmm. aku rsa mcm bru tidoq ja... ngantukkk weh... satgi balik aku tidoq.... cepat la pukui 5... cepat la.. cepat la... nak tdoq kat surau segan la plak ada staf2 pompuan yg lain.. beginilah nasib diriku yang hebat.... lalalala~~
p/s: Sapa kata hamster comei geli la weh.. hamster tu tikus jugak.. buewwekk...
Subscribe to:
Posts (Atom)