first session, in the morning, excited? buat masa sekarang tak rasa apa-apa.
tapi yang aku pelik, kat fb tadi ada ex-lecturer join comment, dia tanya susunan nama tu ikut apa ya? pelik katanya..
kahkahkah
tanya macam xpernah konvo saja ini orang, aku yang xpernah naik pentas ambik scroll pun tau kata susunan tu ikut pointer.
ok
tak baik gelakkan orang. mungkin tempat lain, lain susunannya.
punya la banyak songeh ghupanya nak konvo ni, macam2 jugak nak kena setel.. ishk3. malaihnyiaa..
syarat pemakaian bebas tapi ada certain2 benda la kena ikut, satu part aku nak gelak, dilarang pakai baju warna kuning dan biru diraja.
lorh, aku igt zaman dulu2 ja xboleh, zaman sekarang pun xboleh jugak. haha. tapi zaman dulu lagi dasat rasanya, xleh pakai langsung kann2.. zaman sekarang xboleh kalau Raja ada dalam majlis tu sekali ja kot.. kot..
Hah.. tajuk gena tu?? Aku bukan apa, aku nak cakap pasai masa ja.. cepat tak cepat, lambat tak lambat aku habih belajaq 4taun dah la kat universiti.. ishk2.. Dulu kalau cuti sem ka cuti sekolah ka, cuti apa pun duk buat rilek2 la, duk xdak apa, la ni dah cuti selama-lamanya dah baru kalut duk pikiaq nak buat apa lepas ni. Lawak pulak bila duk online cari kerja kosong.. kosong kosong kosong (sapa nyanyi mcm najwalatip loser). Tak pernah ada dalam kamus hidup aku.. Kamus hidup orang lain ada la..
Yang penting tahniah untuk aku berjaya survive sampai 4taun. Tahniah.
Yeah. Hobi aku memang tengok movie. Suatu hari. Aku yang sedang leka menonton movie di laptop, telah melalui suatu peristiwa yang aneh lagi menarik untuk diceritakan. Movie pilihan pada hari tersebut adalah The Italian Job. Sebelum tu aku nak bagitau, hostel aku ni selalu ada masalah terputus bekalan elektrik secara tetiba gitu. Dia terputus dalam masa 5saat(tambahtolak).
Tengah part aksi2 mendebar kan. Tengah duk fokus part penting.
PAP! maka terputuslah bekalan elektrik selama 5saat. Dan sudah tentulah baterinya enggak ada dong.
What a cliche. Shut Down. Im not going to believe you anymore The Napster!
Kedepekk!! aku angkat laptop baling kat dinding. Tak cukup baling kat dinding aku angkat dinding baling kat muka orang lalu lalang depan bilik. (no harm we create on that day)
Dengan rasa rendah diri, aku pun on balik laptop dan sambung tengok sampai pengsan.
Semenjak peristiwa tu aku tidak lagi nampak orang lalu lalang depan bilik aku. Ok tipu.
Perasaan_Gembira sebab lama dah tak p field trip ngan classmate, busy FYP katanya.
Pesanan_Tengok gambaq jangan gelakkan kegemukan aku tu. haha.
yang jenis merayau-rayau tu aku la
yang jenis merayau-rayau sambil ambik gambaq tu aku la
yang jenis buat syok ambik gambaq tu aku la
yang jenis rasa macam professional photographer tu aku la
yang jenis suka belakon2 amik gambaq tu aku la
sayang. kabur. ingat senang nak amik gmbaq kat tmpat cmtu. kekeke.
yang jenis cantik2 tu geng aku la
yang jenis belakang tabir pun cantik2 tu geng aku jugak la
ahli forum perdana tak cukup, lagi dua balik rumah
ni yang cantik2 belaka. gaya nak p kb mall. geng dah cukup forum perdana. lokasi dalam lab bumi. tunggu lecturer sesat cari kelas xjumpa. betul! aku tak tipu! dia memang sesat. haha
Cuti raya cina, adik aku yang kat Kelantan tu balik cuti. Semalam dia sampai aku ngan kak aku pi ambik kat stesen bas. Adik aku yang ni jenis blur sikit, bukan sikit tapi banyak. masuk2 lam keta bercakap xbrenti, cerita macam2. Yang penting dia memang blur. Dia duk cerita pasai hostel dia. Hostel dia keras. Banyak kena ganggu ngan makluk halus katanya. Pastu aku tanya la "hang xpenah kena ka?", mula2 dia kata tak pernah kena pastu dia kata "eh, lupa2, penah la", "pukui 3pagi"..
Dia kata pukui 3pagi camtu dia terjaga, tersedak ayaq liuq, dia bangun n duduk sambil terbatuk-batuk. Tengah duk fokus batuk tu dia pandang kawan dia kat katil sebelah, pastu dia nampak kawan tengah baring, angkat kepala sikit n jegey(jegil) mata tengok dia. Dia yang blur dan naif teruskan batuk n tidoq balik tanpa rasa was2. Esok paginya baru dia pikiaq n tanya kawan dia. Jawapan memang tak la, sebab kawan dia tidoq memang jenih tutup muka ngan selimut n kalau bangun memang tengok jam. Maksudnya kawan dia memang tak bangun la. Baru la nak takut, padahai malam tu dia tak was2 lansung dengan apa yang dia nampak. Hantu jegey mata pun xsedaq.. haha..
Berguna jugak la blur dia tu dlam kehidupan. Paling tak guna blur dia tu kalau orang bersembang lambat gila pickup, pastu keja tanya ja. Xlarat nak jawab. Duk sembang cerita pung pang pung pang, dia celah tanya teruih hilang semangat nak bercerita pasai nak duk kena explain kat dia dulu..
Tapi yang penting orang memang suka buli dia. penah sekali dia p bli charger phone. Dia tanya org kedai tu tahan dah charger ni, tokeh tu jawab, Kalau tak guna 10 tahun g pun boleh pakai. hahaha..
Yang penting kalau dia balik memang syok buli dia, tapi dia garang nak mapuih. hahaha. mimi2...
Aku ni pentingkan kesihatan, paling aku jaga adalah berat badan (cover kata chubby). Aku ngan kak aku pakat, kami beli natang digital weighing scale. Aku tulih kat twitter pasai natang yang baru beli tu. Kawan aku pun perasan dan tegur aku.
KA(kawan aku xkan kawan hang pulak)
AK(aku xkan hang pulak) ~> ok xlawak
KA : ade org 2 beli penimbang laa.. pnjam
AK : kakak aku punya.. nak timbang mai la umah.. haha
KA : kau kidnap bwk p umk..hahahaha
AK : haha.. aku kidnap penimbang tepung dh arr.. kita kan dah kurus
KA : buduihhhh
Pengajaran untuk hari ni, depa bawak PSY mai buat persembahan sejam dua juta. Duk buat heran plak sesaat rm555.. Siap tolong kira gi.. Hampa tengok youtube dia dah la, berbillion-bilion viewer kot.. Siap catat rekod g sbb dia antara artis yang berjaya capai viewer berbillion selain Justin Bibiaq.. Jangan marah dia sebab mahai, marah la yang bodo duk bawak dia mai dah tau dia mahai.
OP OP OP OPPA GANGNAM SETAILL..cekedut..cekedut..cekedut..sambil naik kudo..
My sis baru lepas clash. 6tahun berkawan. Long distance couple. Kesian. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kena tipu. Siapa salah aku xkisah, karma ada, whats goes up must come down. Mesti ada hikmah kan.. Harap dia tabah dengan dugaan ni.
Pesanan kepada lelaki2 di luar sana, kalau dah hilang seri dalam percintaan, jangan cari jalan mudah lari dari kenyataan. Bagitau ja la elok2. Bukannya susah pun. Selagi boleh selesaikan, selesaikan dengan berhemah. Yang tergedik-gedik cari pompuan lain tu pehal. Tiba2 emo.. kakaka
Dia kata dia rasa kosong. hmm.. Sebab umur dah bertambah, matlamat dia mesti la nak kahwin, hidup bahagia, bina kejayaan. Tapi apa daya. Aku nak bagi nasihat pun aku bukannya banyak sangat pengalamn bercintan cintun. Stakat bagi semangat untuk teruskan hidup bleh la.
Kak aku tanya aku, apa matlamat aku. Sebab dia tau aku mmg dah lama hidup xdak komitmen kat orang lain selain belajar, makan, tengok movie, layan musik dan tidur. kekeke..
Aku jawab la, aku tak dak matlamat. Orang simple minded macam aku ni tak teringin pun nak fikir pasal matlamat. Sebab kesimpulannya perjalanan hidup aku selalu tersimpang jauh dari matlamat aku. baik aku follow the flow ja. Benda mendatang kita hadap, yang baik ambik tauladan, yang buruk buat pengajaran.
Aku berdoa kakak aku dapat jodoh yang lagi baik lagi bagus dari yang sebelumnya. Amin.
Aku ada adik. Dua orang. Yang sorang duk training kt kelantan. Sorang g duk rumah. Tunggu result SPM. Yang ni adik kecik skali. Aku dengan kak aku selalu panggil dia adik kecik. sebab dia adik last. Dari jauh nampak macam xmanja sangat. Tapi hakikat manja kemain. Kalau dia nmpak cam berdikari sikit, kami akan keluaq ayat, adik kecik kita besaq dah.. haha.. Ahh.. ni bukan point yang aku nak cerita. Hari ni cerita pasai hobi aku. Hobi aku adalah sergah adik kecik aku. Tak kira siang malam pagi petang. Ada peluang ja aku sergah atau dalam bahasa aku, aku suka pah dia. Pah tu maksudnya sergah la. Sebab setiap kali sergah tu aku sebut PAHH!! kuat2.. haha..
Tadi aku nampak peluang depan mata. Laju2 aku pi belakang dia, apa gi PAHHH!!!
Dia terkamjat, maka dia pandang belakang dan PANGGG!!
nak aktif tulih blog balik.. eh selama ni aku aktif ka?? entah.. lepaih ni nak tulih semua yang aku lalui.. randomly.. memory manis masam sejuk panas.. semua aku nak tulih.. kekeke.. nak buh gambaq banyak2.. lepaih ni la.. lepaih ni.. la ni duk sibuk exam lagi.. lepaih ni..lepaih ni orang kata!
n aku dah jumpa ciri2 lelaki idaman..selama ni aku xprnah terserempak g dgn lelaki idaman..sebab tu duk forever alone sampai sekarang..memilih..puih..macam la orang nak kat hang Nina oi!
dan aku pun jawab balik
LANTAK arr!! macam la aku nakk kat orang!!
kekeke