Dakwah is easy : )
Saturday, February 9, 2013
Thursday, February 7, 2013
Deep. The Rose is Deep.
When the night has been too lonely
And the road has been too long,
And you think that love is only
For the lucky and the strong,
Just remember in the winter
Far beneath the bitter snows
Lies the seed that with the sun's love
In the spring becomes the rose.
~ The Rose, Bette Midler
I do think that way..That the love is only for bla bla bla..
So i'm gonna change that now. Because I'm the seed. LOL.
Tuesday, February 5, 2013
Membaziaq
Aku ni pentingkan kesihatan, paling aku jaga adalah berat badan (cover kata chubby). Aku ngan kak aku pakat, kami beli natang digital weighing scale. Aku tulih kat twitter pasai natang yang baru beli tu. Kawan aku pun perasan dan tegur aku.
KA(kawan aku xkan kawan hang pulak)
AK(aku xkan hang pulak) ~> ok xlawak
KA : ade org 2 beli penimbang laa.. pnjam
AK : kakak aku punya.. nak timbang mai la umah.. haha
KA : kau kidnap bwk p umk..hahahaha
AK : haha.. aku kidnap penimbang tepung dh arr.. kita kan dah kurus
KA : buduihhhh
Pengajaran untuk hari ni, depa bawak PSY mai buat persembahan sejam dua juta. Duk buat heran plak sesaat rm555.. Siap tolong kira gi.. Hampa tengok youtube dia dah la, berbillion-bilion viewer kot.. Siap catat rekod g sbb dia antara artis yang berjaya capai viewer berbillion selain Justin Bibiaq.. Jangan marah dia sebab mahai, marah la yang bodo duk bawak dia mai dah tau dia mahai.
OP OP OP OPPA GANGNAM SETAILL..cekedut..cekedut..cekedut..sambil naik kudo..
ok xdak kaitan. bye.
Monday, February 4, 2013
Matlamat
My sis baru lepas clash. 6tahun berkawan. Long distance couple. Kesian. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kena tipu. Siapa salah aku xkisah, karma ada, whats goes up must come down. Mesti ada hikmah kan.. Harap dia tabah dengan dugaan ni.
Pesanan kepada lelaki2 di luar sana, kalau dah hilang seri dalam percintaan, jangan cari jalan mudah lari dari kenyataan. Bagitau ja la elok2. Bukannya susah pun. Selagi boleh selesaikan, selesaikan dengan berhemah. Yang tergedik-gedik cari pompuan lain tu pehal. Tiba2 emo.. kakaka
Dia kata dia rasa kosong. hmm.. Sebab umur dah bertambah, matlamat dia mesti la nak kahwin, hidup bahagia, bina kejayaan. Tapi apa daya. Aku nak bagi nasihat pun aku bukannya banyak sangat pengalamn bercintan cintun. Stakat bagi semangat untuk teruskan hidup bleh la.
Kak aku tanya aku, apa matlamat aku. Sebab dia tau aku mmg dah lama hidup xdak komitmen kat orang lain selain belajar, makan, tengok movie, layan musik dan tidur. kekeke..
Aku jawab la, aku tak dak matlamat. Orang simple minded macam aku ni tak teringin pun nak fikir pasal matlamat. Sebab kesimpulannya perjalanan hidup aku selalu tersimpang jauh dari matlamat aku. baik aku follow the flow ja. Benda mendatang kita hadap, yang baik ambik tauladan, yang buruk buat pengajaran.
Aku berdoa kakak aku dapat jodoh yang lagi baik lagi bagus dari yang sebelumnya. Amin.
Sunday, February 3, 2013
Hobi
Aku ada adik. Dua orang. Yang sorang duk training kt kelantan. Sorang g duk rumah. Tunggu result SPM. Yang ni adik kecik skali. Aku dengan kak aku selalu panggil dia adik kecik. sebab dia adik last. Dari jauh nampak macam xmanja sangat. Tapi hakikat manja kemain. Kalau dia nmpak cam berdikari sikit, kami akan keluaq ayat, adik kecik kita besaq dah.. haha.. Ahh.. ni bukan point yang aku nak cerita. Hari ni cerita pasai hobi aku. Hobi aku adalah sergah adik kecik aku. Tak kira siang malam pagi petang. Ada peluang ja aku sergah atau dalam bahasa aku, aku suka pah dia. Pah tu maksudnya sergah la. Sebab setiap kali sergah tu aku sebut PAHH!! kuat2.. haha..
Tadi aku nampak peluang depan mata. Laju2 aku pi belakang dia, apa gi PAHHH!!!
Dia terkamjat, maka dia pandang belakang dan PANGGG!!
kakaka..demmit..
tak pa ceq run ain, ada lori ada bas.
Saturday, January 26, 2013
Bahang
santapan bahangnya depan sana
tiada apa
tidak mengapa
jalan depan mata
kita pejam mata
walau mata buka
kita rasa
jalan masa depan
kita hanya rasa
jalan masa depan
kita rasa rasa
jalan masa depan
kita punya suka
Monday, January 7, 2013
Rasa Macam
nak aktif tulih blog balik.. eh selama ni aku aktif ka?? entah.. lepaih ni nak tulih semua yang aku lalui.. randomly.. memory manis masam sejuk panas.. semua aku nak tulih.. kekeke.. nak buh gambaq banyak2.. lepaih ni la.. lepaih ni.. la ni duk sibuk exam lagi.. lepaih ni..lepaih ni orang kata!
n aku dah jumpa ciri2 lelaki idaman..selama ni aku xprnah terserempak g dgn lelaki idaman..sebab tu duk forever alone sampai sekarang..memilih..puih..macam la orang nak kat hang Nina oi!
dan aku pun jawab balik
LANTAK arr!! macam la aku nakk kat orang!!
kekeke
..GARY..Meoww..
n aku dah jumpa ciri2 lelaki idaman..selama ni aku xprnah terserempak g dgn lelaki idaman..sebab tu duk forever alone sampai sekarang..memilih..puih..macam la orang nak kat hang Nina oi!
dan aku pun jawab balik
LANTAK arr!! macam la aku nakk kat orang!!
kekeke
..GARY..Meoww..
Saturday, December 29, 2012
Masa
Masa terlalu cepat berlalu. Sangat2 cepat. Dulu nama blog ni senyum sang polos sebab aku rasa aku banyak senyum kat orang. Aku rasa aku naif, xkenal orang dan aku suka senyum. Saat berganti minit berganti jam berganti hari berganti tahun, aku dah kenal orang, dah kenal cerita belakang tabir orang, dan semakin pelik dengan perangai2 orang. Aku rasa aku dah cukup pelik, tapi orang lain lagi pelik. haha..
Sekarang lebih banyak kerut kening, tapi xbermakna la aku xsenyum kat orang. Still senyum tapi xsebanyak dulu. Mungkin sebab usia jugak kot, rasa macam dah matang dah hidup lama sikit dari adik2, dah banyak masalah yang bertandang. Patut la dulu2 aku tgk orang2 yang lebih tua dari aku susah nak senyum nak pandang orang. Now, im in their shoes. lol.
Kalau ikut tahun, lagi beberapa hari aku dah 23thn. Next year after July dah grad. Boleh tak nak hold umur, nak hold segala-galanya, sebab rasa macam tak bersedia nak hadapi dunia luar. Dengaq kata dunia pekerjaan ni mencabar. Mintak keja tak dapat, masalah dengan boss, masalah dengan rakan sekerja. lol. Tu belum sampai kena hina ngan orang kampung, belajar tinggi2 tapi keja xdak. muahaha.. hai la orang kampung. tiba2 cita2 bertukar jadi suri rumah sepenuh masa. lagi la kena maki..haha..
dah xdak idea.
bye
Sunday, October 28, 2012
Aidiladha.
Jumaat
26 Oct 2012
Aidiladha.
Pertama kali tak raya dengan family. Sangat sayu. Tak kisah dengar lagu raya, tak kisah tengok orang sorong beg nak balik, tak kisah tak dapat makan rendang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, kuih raya.
Tapi kisah bila dengar Takbir Raya berkumandang. Maghrib, Isyak, sebelum tidur, pagi raya, sebelum sembahyang raya, bawak ke tengahari, petang.
Pagi2 raya dah bertitik air mata keluar. Sorang2 layan perasaan. takmau tepon orang kat umah.
Ego.
Mana bleh tiyak2 ni.. Aku Macho..
Dah petang nak masuk malam baru call.
Tobat lepas ni xbuat dah xbalik raya ngan family. Tak kira apa cara pun lepas ni aku akan balik gak.
Kerja gila betoi tak balik raya ni.. Walaupun raya haji ja pun.. Feeling tetap ada sebab kat Perlis raya haji ni meriah gak. Still ada kunjung mengunjung, still buat ketupat, lemang, rendang, serunding. Kuih raya ikut keadaan la.
Rindu rumah dan isinya sekali.
Last balik bulan 9, skrg dah nk msuk bln 11 kn?? kira lama la tu..
Petang tu ada classmate komeng2 kat fb nk g raya umah lecturer.. apa g selit2 ikut gak ar.. Lecturer dari India, so dapat arr makan mknan tradisi India di hari raya, xjumpa gak la ngan ketupat n rendang.
Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang!!
Camna kalau cuti midsem ni aku suruh mak aku buat ketupat ngan rendang untuk aku ja..
Bagus gak idea aku ni. Haha.. OK. Problem setel.
Eh ada orang upload Fancam BigBang dtg Malaysia.
KbyeKpop
Monday, October 22, 2012
Keroncong
Benarkah
Tiada bagiku
Ruang di hati mu
Untuk ku bertapa
Walaupun sejengkal jari
Agar dapatku berdiri
Di ambang pintumu
Ataupun aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja
Tiada ku sangka akhirnya kau tutup semua pintu cinta untukku
Hinggaku termanggu tiada arah nak ku tuju membawa hatiku
..Misteri..
Sunday, October 14, 2012
Life
Life is about hurting each other.
Selfishness
GTH
T_T
Selfishness
GTH
T_T
Tuesday, October 2, 2012
For hope I'd give my everything
Just a boring day full with hope and wish..
Monday, October 1, 2012
Life goes on and get so heavy
Dah hampir sebulan di Jeli. New environment, need adaptation. Kehulu-kehilir, kehulu-kehilir mencari dunia. Sem ni agak bermotivasi, penangan LI mungkin. IDK one thing, mulut makin celupar, hati makin sensitif. Should keep remind myself coz everyone have feeling right, and i believe in karma.LOL. Jeli sgt ok, tp ada certain bnda la yg problem sikit. Nak beli barang susah, nak bli tiket bas pun ssah sikit. Tp xpa, nama pun hidup merantau, memang tu la bnda alah yang nak kena hadap. Most important is, there are much landscape to be stare..i mean boleh tengok permandangan..permandangan dari tempat yang tinggi.. sapa nak ngorat aku bulih la bawak p tmpat yang tinggi sambil tengok permandangan..jangan lupa provide muzik romantik skali..ala macam tgh buat video klip tu..ala ala la tok gitu nyah..kakaka
Sem ni agak sibuk, FYI dah nak kna buat FYP..kahkah..sronok gak dapat tulis shortform ni..sapa tak faham p google.
Satu benda yang aku xseronok sekarang ni, aku asyik teringat bnda yang lepas ja, benda yang kat tepi kiri kanan dan juga depan xtrfikir plak.haish..xpatutxpatut..
ok hujan. ok idea dah hilang. kbai kpop.
next time ketemu lagi yaa..
Waving
Ending paling gedik buat masa ni. O_O"
Monday, September 3, 2012
Kembali
Masa untuk kembali memegang hammer hampir tiba.. nak bukak sem dah.. ohoi!
ohoi hoi.. ohoi hoi..
macam mana nak survive hoi
aku kat rumah setengah tahun dah hoi
otak dah tepu kiri kanan hoi
eh dah final year dah la hoi
jadi mari insaf bersama-sama hoi
ohoi ohoi hoi..
ohoi hoi.. ohoi hoi..
macam mana nak survive hoi
aku kat rumah setengah tahun dah hoi
otak dah tepu kiri kanan hoi
eh dah final year dah la hoi
jadi mari insaf bersama-sama hoi
ohoi ohoi hoi..
Sunday, September 2, 2012
Kuots
mereka kata what you give you get back.
bab cinta aku dah dapat balik apa yang aku pernah buat.
dah fair
haha
dah lama xcakap pasal cinta
sebab hati aku dah tenteram
hati aku dah di tahap rest yang takkan tiba-tiba terkenang ex dikala hujan turun
haha
but lately
ada kawan baik aku, dikeliling aku
heartbroken
aku jadi tukang dengar dan tukang nasihat
mungkin dalam kategori penasihat 5bintang
sebab aku pernah lalui apa yang depa lalui
dan dapat hidup sebegini gemuk sebab terlalu bahagia
haha
semoga depa dapat lalui kehidupan dengan kuat
macam aku
keraskan hati
macam aku
dan serik dengan cinta
macam aku jugak
hahahaha
bab cinta aku dah dapat balik apa yang aku pernah buat.
dah fair
haha
dah lama xcakap pasal cinta
sebab hati aku dah tenteram
hati aku dah di tahap rest yang takkan tiba-tiba terkenang ex dikala hujan turun
haha
but lately
ada kawan baik aku, dikeliling aku
heartbroken
aku jadi tukang dengar dan tukang nasihat
mungkin dalam kategori penasihat 5bintang
sebab aku pernah lalui apa yang depa lalui
dan dapat hidup sebegini gemuk sebab terlalu bahagia
haha
semoga depa dapat lalui kehidupan dengan kuat
macam aku
keraskan hati
macam aku
dan serik dengan cinta
macam aku jugak
hahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)
