Saturday, December 29, 2012

Masa

Masa terlalu cepat berlalu. Sangat2 cepat. Dulu nama blog ni senyum sang polos sebab aku rasa aku banyak senyum kat orang. Aku rasa aku naif, xkenal orang dan aku suka senyum. Saat berganti minit berganti jam berganti hari berganti tahun, aku dah kenal orang, dah kenal cerita belakang tabir orang, dan semakin pelik dengan perangai2 orang. Aku rasa aku dah cukup pelik, tapi orang lain lagi pelik. haha.. 

Sekarang lebih banyak kerut kening, tapi xbermakna la aku xsenyum kat orang. Still senyum tapi xsebanyak dulu. Mungkin sebab usia jugak kot, rasa macam dah matang dah hidup lama sikit dari adik2, dah banyak masalah yang bertandang. Patut la dulu2 aku tgk orang2 yang lebih tua dari aku susah nak senyum nak pandang orang. Now, im in their shoes. lol. 

Kalau ikut tahun, lagi beberapa hari aku dah 23thn. Next year after July dah grad. Boleh tak nak hold umur, nak hold segala-galanya, sebab rasa macam tak bersedia nak hadapi dunia luar. Dengaq kata dunia pekerjaan ni mencabar. Mintak keja tak dapat, masalah dengan boss, masalah dengan rakan sekerja. lol. Tu belum sampai kena hina ngan orang kampung, belajar tinggi2 tapi keja xdak. muahaha.. hai la orang kampung. tiba2 cita2 bertukar jadi suri rumah sepenuh masa. lagi la kena maki..haha..

dah xdak idea.
bye

Sunday, October 28, 2012

Aidiladha.

Jumaat 
26 Oct 2012

Aidiladha.
Pertama kali tak raya dengan family. Sangat sayu. Tak kisah dengar lagu raya, tak kisah tengok orang sorong beg nak balik, tak kisah tak dapat makan rendang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, kuih raya. 

Tapi kisah bila dengar Takbir Raya berkumandang. Maghrib, Isyak, sebelum tidur, pagi raya, sebelum sembahyang raya, bawak ke tengahari, petang.

Pagi2 raya dah bertitik air mata keluar. Sorang2 layan perasaan. takmau tepon orang kat umah. 
Ego.
Mana bleh tiyak2 ni.. Aku Macho..
Dah petang nak masuk malam baru call.

Tobat lepas ni xbuat dah xbalik raya ngan family. Tak kira apa cara pun lepas ni aku akan balik gak. 

Kerja gila betoi tak balik raya ni.. Walaupun raya haji ja pun.. Feeling tetap ada sebab kat Perlis raya haji ni meriah gak. Still ada kunjung mengunjung, still buat ketupat, lemang, rendang, serunding. Kuih raya ikut keadaan la.

Rindu rumah dan isinya sekali.
Last balik bulan 9, skrg dah nk msuk bln 11 kn?? kira lama la tu..

Petang tu ada classmate komeng2 kat fb nk g raya umah lecturer.. apa g selit2 ikut gak ar.. Lecturer dari India, so dapat arr makan mknan tradisi India di hari raya, xjumpa gak la ngan ketupat n rendang. 

Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang Nak ketupat rendang!!

Camna kalau cuti midsem ni aku suruh mak aku buat ketupat ngan rendang untuk aku ja..
Bagus gak idea aku ni. Haha.. OK. Problem setel.

Eh ada orang upload Fancam BigBang dtg Malaysia.

KbyeKpop


Monday, October 22, 2012

Keroncong


Benarkah
Tiada bagiku
Ruang di hati mu
Untuk ku bertapa
Walaupun sejengkal jari
Agar dapatku berdiri
Di ambang pintumu

Ataupun aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Tiada ku sangka akhirnya kau tutup semua pintu cinta untukku
Hinggaku termanggu tiada arah nak ku tuju membawa hatiku

..Misteri..

Sunday, October 14, 2012

Life

Life is about hurting each other.

Selfishness

GTH

T_T

Tuesday, October 2, 2012

Monday, October 1, 2012

Life goes on and get so heavy

Dah hampir sebulan di Jeli. New environment, need adaptation. Kehulu-kehilir, kehulu-kehilir mencari dunia. Sem ni agak bermotivasi, penangan LI mungkin. IDK one thing, mulut makin celupar, hati makin sensitif. Should keep remind myself coz everyone have feeling right, and i believe in karma.LOL. Jeli sgt ok, tp ada certain bnda la yg problem sikit. Nak beli barang susah, nak bli tiket bas pun ssah sikit. Tp xpa, nama pun hidup merantau, memang tu la bnda alah yang nak kena hadap. Most important is, there are much landscape to be stare..i mean boleh tengok permandangan..permandangan dari tempat yang tinggi.. sapa nak ngorat aku bulih la bawak p tmpat yang tinggi sambil tengok permandangan..jangan lupa provide muzik romantik skali..ala macam tgh buat video klip tu..ala ala la tok gitu nyah..kakaka

Sem ni agak sibuk, FYI dah nak kna buat FYP..kahkah..sronok gak dapat tulis shortform ni..sapa tak faham p google.

Satu benda yang aku xseronok sekarang ni, aku asyik teringat bnda yang lepas ja, benda yang kat tepi kiri kanan dan juga depan xtrfikir plak.haish..xpatutxpatut..

ok hujan. ok idea dah hilang. kbai kpop.

next time ketemu lagi yaa..

Waving

Ending paling gedik buat masa ni. O_O"




Monday, September 3, 2012

Kembali

Masa untuk kembali memegang hammer hampir tiba.. nak bukak sem dah.. ohoi!


ohoi hoi.. ohoi hoi..
macam mana nak survive hoi
aku kat rumah setengah tahun dah hoi
otak dah tepu kiri kanan hoi
eh dah final year dah la hoi
jadi mari insaf bersama-sama hoi

ohoi ohoi hoi..

Sunday, September 2, 2012

Kuots

mereka kata what you give you get back.

bab cinta aku dah dapat balik apa yang aku pernah buat.

dah fair

haha

dah lama xcakap pasal cinta

sebab hati aku dah tenteram

hati aku dah di tahap rest yang takkan tiba-tiba terkenang ex dikala hujan turun

haha

but lately

ada kawan baik aku, dikeliling aku

heartbroken

aku jadi tukang dengar dan tukang nasihat

mungkin dalam kategori penasihat 5bintang

sebab aku pernah lalui apa yang depa lalui

dan dapat hidup sebegini gemuk sebab terlalu bahagia

haha

semoga depa dapat lalui kehidupan dengan kuat

macam aku

keraskan hati

macam aku

dan serik dengan cinta

macam aku jugak

hahahaha



Wednesday, August 15, 2012

Minang

Tadi duk dengar2 lagu kat youtube.. then ada suggestion lagu ni.. aku pun buka n dengar la.. aku mmg suka dengar lagu yg disuggestkan.. hobi.. hehe

   

lagu ni lagu dalam bahasa minang.. rasa teringin sangat nak belajar bahasa minang.. sebab ada gene minang dalam diri aku ni.. tokwan sebelah mak aku orang minang ori a.k.a perantau dari minangkabau.. aku tak pernah jumpa dengan beliau sebab beliau meninggal time aku kecik.. tapi mak aku selalu gak la cerita.. teringin sangat nak tau pasai dia.. teringin nak tau tahap curiosity killed the cat dah ni.. haha.. 

lets enjoy the song :)

Friday, August 3, 2012

LowProfile level thousand.

Aku memang sangat low propai.. aku serius.. tahap dia adalah sampai one of my classmate collage all of our picture.. and.. none of my picture there.. hahaha.. don't call me loser okeh.. hahaha.. Aku gelak sorang2..

Anyway ini suweet ^^





p/s: aku tak cakap apa-apa.. tapi depa dah betulkan sebab ada orang yg terperasan.. hahaha

Friday, July 13, 2012

Friday the 13th.

Seriously cuaca sangat tenang hari.. idk if its only my feeling or memang cuaca tenang hari ni.. Im 22 today. Cepat betul masa berlalu. N hadiah paling istimewa setiap tahun adalah umur semakin bertambah. Tak ketinggalan kedut di muka juga.. : (

Semalam nasib baik sempat tutup birthday kat FB.. Muahaha.. itu la aktiviti aku kat FB tiap2 tahun mnjelang 13July.. Sbb berdasarkan aku tgk pengalaman org lain, depa kena balas cmment bnyk gila. igt aku rajin mcm depa ka? hahaha.. Actually, Im not that type yg suka smbut birthday sgt. Even wish kat orang pun aku tak brapa gemar. Tapi sapa yg dpt wish dari aku tu btul2 someone yg aku knal n rapat dgn aku.. N aku tak kesah pun kalau xdapat wish dari sapa2, tapi kepada yang wish aku tu aku sangat(infinity) appreciate. Sbb kadang2 aku trlupa nak wish kat depa, still depa wish kat aku. Tahun ni ada 6 orang yg betul2 igt, thank you sgt2 kpada yang ingat.. And the first person sdah tentu la my bestfriend.. Kawan baik since Form1.. Susah senang dia selalu dgn aku. N pernah sekali aku ada buat something yg sngt bodoh and i feel like im the worst bestie in the world.. But, still she is my bestfriend.. :)

Hari ni rasa macam tak mau buat apa2, tu pun kalau mak aku tak beletiaq la.. hehe.. Terima Kasih mak sebab lahirkan ceq.. Aku tau mak aku xkan baca apa yang aku tulis, tapi aku nak tulis jugak sbb xmau hampa semua pandang serong kat aku.. hahaha... 

Lastsly, happy birthday kepada diri-sendiri n semoga sentiasa menjadi diri-sendiri :P

Bersama-sama taipan kali ini aku sertakan lagu special. Jemput2 la dengar.. haha..


P/S: Lupa nak bagitau, this post not relate to any supertitious thing of the friday the 13th omputih punya tu pun ok.. hahaha

Monday, July 2, 2012

Rahsia


Takut.
Takut orang risau.
Takut orang salah sangka.
Takut di pandang hina.
Sebab itu orang berahsia.
Tapi aku tak suka berahsia.

Aku dah cerita segalanya. Dan aku berjaya. Berjaya lepaskan sesak dari dada aku.

Tahniah Untuk Aku. Haha!

Kasih bola

AHaha.. Aku xminat bola.. booo...  Tp kalau cakap pasai laman sosial ni, aku boleh tau result2 perlawanan tanpa perlu menontonnya.. wah.. kalau kat fb tu, kau bukak ja home dri start perlawanan smpai 10 jam kemudian kau akan dapat melihat rentetan perlawanan seolah-olah kau tgh menonton perlawanan tersebut.. hahaha.. ajaibkan.. ibarat periuk ajaib.. Aku penah sekali tertengok bola time pukul 4 pagi, tu pun sebab bangun awai nak brtolak p cameron highland.. muahaha.. waktu tgk tu aku tgk ngan adik aku(pompuan jgk)..adik aku tnya yg biru tu ngara mna ek? aku jawab~ ntah la.. aku agak yg biru yg dah 1 tu kot yg putih tu yg kosong.. sbb dri td aku tgk yg biru tu duk serang ja, defend dia pun cam power gak.. hahaha.. kami dpt tau ngara tu yg mna satu stelah yg pemain yg biru tu buh gol.. hebat kan.. ngara mana pun xtau, apatah lagi nak knal pemain.. aku knal player yg pemes2 ja.. tu pun tak tau depa main untuk apa.. hahaha... knal sebab dia pemes ja la.. skrg masih single so aku harap laki aku nnt xminat tgk bola(promoting myself n harap xmuntah hijau).. kehkeh.. sbb klau minat n dia ajak brbincang topik bola, aku xleh wat pala tau.. hahaha.. 

Tahniah Spain 4_0 Italy smalam.. final maybe.. erk.. 


Sekian taipan aku berkaitan bola setelah boring org asyik update pasai bola.

Thursday, May 31, 2012

Tak Kesah

Dah lama aku duk geram dan duk taram.

Aku tak kesah kalau lapaq,

Aku tak kesah perut kosong,

Tapi aku paling kesah kalau duk tempat sunyi dan perut aku berbunyi.

Memang mengundang makian betoi!!

Perut cap apa tak tau.

Wednesday, May 30, 2012

EhemEhem

89.99% adalah otak aku dan tidak ada secebis pun diri aku di situ.

Tapi takpa, aku halalkan.

Mungkin ada lebih baik menanti.

Yang tersembunyi ganjarannya adalah lebih tinggi.

InsyaAllah.




P/S: Muka aku serius burn tahap kulit menggelupas. Sekian. Trimas!

Tuesday, May 29, 2012

Its hard to choose.

Ok. Dah nak kena pilih major untuk sem depan. Scared huh?

In my list :

1. Sumber mineral & perlombongan
2. Hidrogeologi
3. Geowarisan

which one. which one. which one. which one.

Dah biasa dgn laluan yang dah ditetapkan, bila kna pilih sndiri ini lah jadinya..

wuuuwuuuwuuu T.T


P/S : Muka hitam akibat sinaran mentari yang menyinari.. Harap xdak perhiasan mka naik tanpa rela (jewwraw*t)

Monday, May 14, 2012

Rajin

Aku nak mnulis dan bercerita pasal pengalaman aku spanjang LI dan p site.. tapiiii... aku malas la.. nanti2 la k time aku rajin sikit nak mnulis dan edit gmbar.. muahaha...







P/S: baru balik langkawi.. pergh best siot.. ada org blanja coklat.. wee...

Tuesday, May 8, 2012

Lapaq Pulut Durian

Dah semakin lupa
Dah semakin benci
Dah semakin hilang
Dah semakin kurang
Dah semakin menyampah
Dah semakin malas nak layan
Dah semakin terserlah kebodohan diri
Dah semakin bertambah pengalaman hidup
Syukur!

Apa gelak2! Betoi aku tak tipu!

Hahah


P/S: stresssss bnyk keja lately.. those project killing me softly.. wahaha.. dah siap, dah submit igt dah lepas. sekali kena tambah lagi. bila nak siap xtau.. wawawawa...

Monday, April 23, 2012

Oh operator the line is dead!

Sepanjang 22 tahun, ada satu jenis perasaan yang aku alami yang buat aku berada dalam angan-angan yang mustahil. perasaan tu pernah bertandang dua kali dan sudah mati. tapi. perasaan tu kembali lagi buat kali ke tiga sekarang ni. aku tak suka perasaan tu. sebab perasaan tu buat aku tak berpijak di bumi yang nyata dan buat aku hidup dalam mimpi ciptaan aku sendiri. aku benci. shuhshuhshuh. pergi mati sekali lagi!

Tuesday, April 17, 2012

Kerana Sikap

Sikap manusia zaman sekarang yang suka tulis isi hati kat FB telah memakan diri mereka sendiri.. hahaha.. ayat skema di situ ya.. Bdak sorang lg yg intern kat tmpat aku jugak tu kna pggil ngan org atas. tau tak sbb apa? sebab dia duk tulis status burukkan nama company.. aku tak tau la stakat mna keburukkan status dia tu sbb aku tak friend ngan dia kat fb.. haha.. tapi aku punya sv dah warn aku.. dia pesan jgn buat cam tu.. Xmolek la kan.. kita p kat situ nak tuntut ilmu, tetiba duk kutuk tmpat tu plak.. stakat aku duk kat situ, banyak bnda yang aku blajaq, bukan p duk goyang kaki almaklum la buat kat gomen.. im a lucky person, sebab aku ada banyak ilmu baru yang smakin bertambah.. banyak kerja yang nak kna siapkan.. banyak yang masih terbengkalai dan duk bertatih-tatih lagi nak bagi siap.. 

sikap tu yang pnting. aku pun bukannya baik sgt, tapi ada otak pikiaq la buruk baik dia kan.. sebab tu otak kita mai skali ngan pakej akal.. 

so moral of the story, ada masalah jangan la tulis kat FB, kalau tak tahan sgt, tulis dalam bahasa sindiran macam aku, jangan sebut nama... hahaha... paling koman, tulis lam diari tak pun cerita kat org keliling.. kalau aku, aku cerita kat tukang dengaq aku la.. Miss Chah.. hahaha... 

tak sabaqnya nak abis intern. yang pnting, rutin p klas lagi syok dri rutin p keja.. la ni aku dah tau pasai apa org yg dah kja duk rindu zaman belajaq.. haha.. kalau xlarat boleh ponteng klas, tapi kalau dah keja, xlarat nak boleh buat apa? senyum hambar ja la kan... haha..

p/s: akhir2 ni bnda paling di meluatkan adalah tengok berita dan baca surat kabaq.. mencik politik! bila nak election xtau.. meluat nak dngaq isu nonsense.. Zzzzzz...

Monday, April 16, 2012

Bajet budak praktikal yang jarang sekali bajet cun.

Things to be paid 

  1.         Bayaq sewa rumah lg sebulan = 150 juta
  2.         Bayaq broadband lg duabulan = 140 juta setengah
  3.         Nak beli external hard disk (satu keperluan) = 250 juta
  4.         Duit blanja harian = 200 juta
                 Jumlah Keseluruhan  = berjuta-juta lemon.
                 Baki simpanan =  1 billion

harap-harap cukup baki simpanan untuk aku guna berpoya-poya lepas LI.

Terima kasih duit PT. 

Thursday, April 12, 2012

Hari Khamis

Hari Malas Se Antero Donia.. ZZzzzz...

Sedang menunggu jam ke angka 3.30 pm.





p/s: bagi negeri-negeri yang cuti hari jumaat dan sabtu sahaja. tertakluk kepada terma dan syarat.

Wednesday, April 4, 2012

Perut Nyanyi-Nyanyi

Kerana kisah, hati hancur lebur
Kerana kisah, cinta pergi mati
Kerana kisah, aku bebas pilih
Kerana kisah, fikir luar otak
Kerana kisah, hipokrit jadi-jadi
Kerana kisah, sedang cuba cuba
cuba cari diri
cuba jadi diri

Sunday, March 25, 2012

haha

Hahahahari ni aku banyak gelak sorang-sorang.. serius lawak.. hahahhaha.. aku tengah gelak lagi ni...


Banyak bnda yang terjadi depan mata aku hari ni lawak belaka dan benda lawak tu aku nampak waktu aku duk sorang2.. hahaha.. gelak lagi sbb duk tringat lagi... Mau orang tengok aku, mesti org kata aku xbrapa.. haha

contoh ~ Tak sat ada orang(lelaki) up status kemain jiwang, jiwang tahap jiwa dan raga.. tetiba ada kawan dia buat bunyi meaww2... hahaha.. cam haram punya kawan.. potong stim btoi.. Kalau aku, sebagai lelaki sejati, aku delete facebook.. hahahaha...



p/s: kalau ampa rasa tak lawak jangan gelak tau.. rugi ayaq liuq.. sbb yang alami ja yang paham.. 

Thursday, March 22, 2012

Ble

Strike and Dip

Please be nice to me.

Please.

Its really confusing.

ble.. ble.. ble..ble..

Today is Thursday.

The day that had been waiting for.

ble.. ble.. ble.. ble..

The project.

The site report.

The picture editing.

The map to be done.

ble.. ble.. ble.. ble..

Weekends is coming.

Hope to feel free.

ble.. ble.. ble.. ble..

Err

Bila masalah kecil di perbesar-besarkan dan diubah menjadi serumit-rumitnya.

Aku rasa orang yang macam ni hidup dia tak akan happy, sebab for them, all the thing are going to be a problem.

And.

All other people are wrong.

Just a random observation.

Haha.

Yaaa

Berat kaki melangkah

Terseret-seret ke hujung malu.

Tuesday, March 20, 2012

Smiling on my face

Now. I'm happy. Been watching movie titled April's Bride.

Kita benci dengan hidup kita, tapi orang lain hanya mampu berharap untuk masih bangun esok pagi.

Bersyukurlah sebab esok masih ada.

Done for the sad day.

Smile like always.




Hahahadoi

Pernah tak rasa benci dengan diri sendiri? Mesti la pernah kan.. Dan ini yang aku rasa sekarang. Tapi aku tau, penyakit ni akan terubat dengan sendiri. Biar masa saja yang tentukan segala. Sigh~

Lately ni aku selalu update blog sbb aku xdak choice nak luah kat sesapa. i don't want people to know, but i want people to know.. you know what i mean right? hahahaha... 

Apa? suruh tulis kat facebook? loser dowh..  

Baru-baru ni ada orang up status. Dia kata, "dah tak tau nak tulis status apa kat fb, then google lyric, copy n paste", then he said "kemon girls"... cliche... hahahaha... aku selalu buat weh.. tapi bukan sbb aku xtau nak tulis apa kat fb, tapi sebab macam sebab di perenggan ke dua.. hahaha..  i rephrase k ~ i don't want people to know, but i want people to know.. Hahaha.. you got what i mean? Melalui lirik2 lagu tu, aku nak bagitau apa yang aku tengah rasa waktu tu, apa yang aku tengah fikir atau apa yang aku nak luah waktu tu.. hahaha... Sebab tu aku sangat suka dengar lagu. Lagu2 tu macam tolong express apa yang aku rasa. I love music more and more.. Ok la dah cukup kot aku merepek kat sini sambil makan kerepek. 








p/s: Hate and Love.

Sunday, March 18, 2012

Kuangkuangkuang

Dalam hidup aku ni tak banyak benda mencabar yang aku pernah buat. aku tak suka ambik risiko, aku lebih suka follow the flow.. sebagai contoh, aku lebih suka bontot aku di angkut jika mahu kemana-mana.. err.. i mean kalau nak keluar g mna2 orang yg bawak aku, kalau naik kereta jadi penumpang, kalau naik moto jadi pembonceng. kalau xdak driver naik prebet.. hahaha.. mmg sgt tak dakk keyakinan diri. duk sorang2 kat alor staq ni buat aku jadi seorang yang tak bergantung kat org lain dah n mmbuat aku jadi seorang yang berdikari dan terpaksa mencabar diri sendiri(terpaksa).. kalau tak terpaksa sapa nak tolon buat weh.. haha.. then last thursday for the first time in my life(ayat pergh) aku bawak moto dalam jarak yang jauh.. dari alor starr balik perliss. makan masa sejam jugak dan bontot wa kebas jugak la.. n bukan itu saja, ada rekod lain turut di pecahkan, aku bawak moto dari perliss balik alor starrr plak... hahahaha... ada beza ka? mesti la ada sebab aku balik dri perlis tu brtolak pukui 6.45 pagi... masih kelam buta.. tapi semangat kuat dan berkobar-kobar membuatkan aku sampai dengan muka ngantuk sbb mangkit awai.. muahaha... lepas ni aku xmau balik ngan moto dah la.. sbb org bawak kita lagi syokk dari kita bawak diri sndiri.. hahaha... 

so aku ambik keputusan nak cari laki yang sudi disusahkan untuk angkut kemana saja yang aku inginkan... hahaha.. tu pun mau ada, mau takdak aku hire driver.. wakaka.. cuih kepada diri sendiri.. 







p/s: its hurt when i can't be myself.. i try but i can't.. Zzzzzzzzz....

Wednesday, March 14, 2012

Tikusanananaaaanananana

Aku ngantuk gila hari ni sebab aku terjaga pukui 3pagi tadi... macam haramjadah(makifull).. tau dak sebab apa? sebab tiba2 aku rsa sejuk2 kat lutut aku.. bukan aku kencing tilam weh... sejuk2 tapak kaki TIKUS panjat lutut aku... memang nokharom betoi la kan... geli nak mampuih... bulih pukui tiga pagi dia mai duk ambil kesempatan keatas diriku yang suci ini.. xdan aku tampaq gigi dia, dia smpat lari selamatkan diri.. aku terjaga terus bukak lampu n tak tutup dah.. lantak ahh kalo org sebelah terjaga ka... sapa suh bela tikuih.. pastu aku sambung tidoq balik, pastu terjaga lagi lbih kurang pukui 3.30 plak.. dia duk main dalam almari baju pulak dah... haissh.. bikin panas btoi la tikuih ni.. last2 aku mangkit, aku ambik semua baju aku, buh dalam beg baju biaq kosong almari tu.. hahahahahaha.. gelak puah ati.. padan muka ang xleh main dah... aku sambung tidoq, dan tiba2 jam bunyi pukui 6.. demmm. aku rsa mcm bru tidoq ja... ngantukkk weh... satgi balik aku tidoq.... cepat la pukui 5... cepat la.. cepat la... nak tdoq kat surau segan la plak ada staf2 pompuan yg lain.. beginilah nasib diriku yang hebat.... lalalala~~





p/s: Sapa kata hamster comei geli la weh.. hamster tu tikus jugak.. buewwekk...

Tuesday, March 13, 2012

Tau Ladan

Malas gilos nak tulis log mingguan pretikal ni.. rasa macam tgh wat diari ja.. buat diari lg senang... buat diari bleh kutuk org... hahaha.. nampak sangat selalu buat.. lolol... so pengajaran hari ni, tulis log mingguan siap-siap tiap-tiap minggu dan dilarang menangguh sbb kalau tangguh tobat lupa dan malas nak tulis banyak-banyak... sekian terima kekasih...





p/s: dah ada port nak brekpes hari-hari dan bli makan malam hari-hari... hahahahacumm...

Rassaa

Rasarasa macam nak tukaq background blog.. aku nak bebaskan burung pink hebat tu, dah lama dia jadi penunggu blog aku.. kesian kat dia... tapi rasarasa cam malas pulok... hahaha.. tengok la kalo aku rajin nanti aku tukaq... hoho








p/s: dah boring sebenaqnya.. aku manusia biasa..

Wednesday, March 7, 2012

Agak dah

Seriusly, sbelum buat LI aku dah agak dah bnda camni akan jadi gak.. actually spatutnya aku kna wat LI kat sni ngan one of my friend. then dia xjadi mai.. dah xjadi mai xpa la.. aku dah pesan dah suruh antaq surat n settle semua, apakan daya the insecure feeling makes her avoiding it.. dia duk tunggu stu tmpat lgi bg respon.. dia takut jadi seperti pepatah, yang dikejar xdapat, yang dikendong p tauk buang.. argh.. sgt gerem.. xsedap telinga aku dengaq weh.. people are talking about her in front of me.. how should i react? owhh.. berat.. berat.. berat telinga mendengar berat lagi perasaan menaggungnya.. pheww...






p/s: moral of the story, jangan pakai kain ketat kalau nak bawak moto sebab mmg xkan boleh bawak punya... hahaha.. jadi kat aku pg td smpai kna msuk lam umah balik n tukaq kain.. damn it.. sangat FAILED! 

Tuesday, March 6, 2012

Messy tak elliot.

semenjak stat LI n duk umah sewa ni aku rasa hidup aku sangat messy n rasa cam xdak life pun ada.. gila gak.. setiap hari pukul 6pagi aku akan terbangun secara otomatik.. xyah set alarm pun xpa aku rasa, tp still set buatnya xterjaga xgelabah bewak plak aku kan.. siap2 apa semua, kul 7.30 mrempit p pjabat.. cong ciang cong ciang kat pejabat kul 5petang tepat punch kad merempit balik.. ketepatan xdapat di nafikan sebab myBaby G dah disetkan sama waktu ngan jam punchkad.. haha.. sbelum smpai umah sewa singgah gerai bli makan malam.. masak?? nak msak tuk diri sndiri mmg tak la.. kang xsedap wat rugi ja.. sbb the worse part adalah hari2 makan malam seorang diri.. owhh dem... makan sorang diri d rumah yang sunyi adalah perkara yg paling menyedihkan aku buat masa ni.. sobsob.. 

balik bilik piuu.. piuuu.. piuuuuu... aku lempaq barang.. bilik yg kemas terus semak macam tongkang pecah.. malas doe.. kalau aku tak blurkan gambaq bilik aku yg bersepah aku pasti air muka aku jatuh mengalir bak air terjun sebab aku mungkin akan di label sebagai anak dara pemalas.. dan akan dblacklist oleh makmentua2 sekalian.. walaupun memang.. kihkih.. sebenaqnya aku malas petang ja weh.. pagi2 aku kemas semua bnda.. nama pun mangkit awai kan.. hahaha...


smoga anda xpening tgk gambar blur ini.. haha..

owh forget to tell uoolll.. i've oredy buy a new purse.. setelah 5tahun aku xpnah ada purse.. aku pkai beg duit cikai yg owg duk buh syiling tu ja.. haha.. naif kan dgr cerita aku.. then i told u what, purse tu dah mnerima plbagai award berupa pujian kerana ianya cantik mcm tuan dia... ini bukan riak, sekadar angkat muka sikit ja.. haha.. tp serius weh.. org puji beg duit aku bukan aku.. mytaste never lie u know.. hakhak.. and.. and.. and ada satu bnda g aku bru bli... Jam baru!! aku panggil Baby G sebab kat jam tu ada tulis Baby G.. sirius.. aku xtipu.. jam murah 25hengget mnjadi penanda masa untuk aku brambus dari pjabat tepat pukul 5petang..  bukan apa wktu sbnaq jam henpon punya, jam punchkad tu lambat 6minit.. mna bleh jadi.. hahaha... 


kerhkerh.. me with mypurplish purse and mybabyG.. ayat ala2 gewdiks gitu..







p/s: i try not to make the same mistakes again.. :)




Monday, March 5, 2012

Apa aku lihat

Sesetengah orang tidak menjadi diri-sendiri hanya kerana inginkan secebis perhatian, ingin diri dikenali, ingin diri di ingati dan inginkan kemahsyuran sepanjang zaman.(tolong baca cara sasterawan)

herherher.

Paling tak leh blah kalau yang duk buat gedik depan aku bila ada orang ramai. Setan. Geli. Meluat. Padahal waktu tak dak orang serius ja, xgila-gila mana sangat pun.. xspoting mana pun.
Yang penting sifat-sifat diatas bukan sifat aku.
aku low profile.. aku spoting.. xcaya sudah..
erk.. Emo pagi2 aku ni.. gila ka apa..



p/s: lumrah hidup.. rambut sama pink, cinta lain2.. :P

Friday, March 2, 2012

New Environment.

kerhkerh.. tajuk xleh kalah.. 
nak storimori pasai gua punya kehidupan setelah bermulanya kehidupan berLatihanIndustri.. abis ujung mggu ni ckup la dua minggu aku duk LI kat JMG KPP tu..(kalau nak tau nma penuh gugel sniri) im alone there.. hari first, neves bagai nak rak.. makan apa pun dah xmasuk la.. ya la.. aku ni mana ada pengalaman bekerja, tambah-tambah kerja kat organisasi kerajaang.. dah la sorang2.. dah la ilmu kat dada ni xbrapa nak cukup.. dah la.. dah la... uhuk.. uhuk.. 

hari first dah turun p site.. cari fosil kat utan aji ngan budak ipg penang skali.. dah la xkenai sapa2.. buat muka xmalu p la.. naik pajero, semua lam tu lelaki n im the only woman.. hmm. not bad for the first experience.. nasib baik staf yg ikut tu semuanya stail spoting.. xdak la awkward sgt kan.. aku ni dah la jenis sembunyi identiti kalau xkenai org.. i tell u la, aku akan bertukaq jadi seorang yg sangat pendiam, pemalu, xtau nak ckap apa, semua la kalau aku kena bergaul ngan org baru... hahaha.. tapi once dah kenai, xmenang tangan nak tepih sembang ngan aku.(sesi angkat diri). kahkahkah.. 

minggu first bapak aku ulang alik antaq p aloq staq nun.. kiranya setiap hari dia akan p aloq staq selama 4kali.. aku ulang skali lagi, 4kali.. hahaha... gilakan.. then i decided nak cari umah sewa.. mula2 tanya makcik cleaner kot2 ada rumah kosong kat area umah pangsa sebelah jmg tu.. xdak la pulak.. then apa gi, mudah.com kan ada.. jumpa ja, terus aku col(kak aku yg col).. ptg esok tu p tgk umah... then sabtu trus masuk.. wawawa... bawak moto la.. skarang ni, hari2 aku merempit p pjabat.. tinggai tak willy ngan wikang ja... hahahaha.. 

kat tmpat LI ok ja.. penyelia ok, semua ok.. nak makan pun dekat ja.. nak p toilet pun dekat ja(ada kaitan?).. makan kadang2 ada org blanja.. bukan skandal k, kak2 staf yg xkawin g kdang2 ajak p makan kat tmpat lain.. untunglah kan.. duk lam pjabat tu pun kna ekon ja tiap2hari.. harap2 dapat jadi putis.. hahaha.. tapi dah stat turun p site dah.. xjadi nak putis dah.. nak kena beli sunblock la pulak.. dah la panas la ni.. walaupun ujan dimalam hari.. hohoho.. 

yg penting duit PTPTPU dah masuk.. bnda nak kna beli berupa sebutir broadband.. mati akai aku duk umah sewa tu xdak tenet.. dah la panas.. dah la.. xdak org nak sembang.. dah la stok movie dah abis.. dah la tu.. aku stop cerita sampai sini k.. lain kali aku cerita lagi.. 

aku akhiri cerita kali ni dgn serangkap pantun,

pedas makan cabai,
minum ayaq pop,
kbai,
kpop.



p/s: herherher



Thursday, February 16, 2012

Saja try

Tadi saja ja mlawat grup2 kat FB then ak singgah satu grup ni, selama ni mmg aku xpenah komen atau apa-apa.. jadi pemerhati ja.. tgk2 kot ada info org kawen ka org mati ka.. then ada la somebody post smthing, tp yg duk komen geng2 dia ja la.. aku duk perhati lama dah. agak2 depa akan layan dak org2 cikai cam aku... ya la geng pandai2 blajaq pun obersee blaka.. then aku saja nak try nyelit tgk.. first rule to be a success person never assume, ask(ada kaitan?).. then dgn teganya aku pun nyelit la komen.. guess what errr not need to guess i think, mmg btol jangkaan aku... hahaha.. aku betol yeaaa, aku betol beb... msti la org ignore ja komen aku... hahaha... Life i a matter of choose, and i chose to SMILE :)




Pentakut

If i feel insecure or scared or whatever feeling that make me wanna run away from my own reality, i just go and watch them and i got more strength than before. It just like giving me some magic to face the reality no matter how its gonna be whether in a bad or a good way.. its just how their attitude make me believe i can achieve whatever i want.. THaTH!





p/s: lagu ni best kalau dgr time naik bas balik kg, n semua lagu depa yg lain pun best2 tp aku paling suka yg ni ^__^

Thursday, January 26, 2012

Bermulalah episod bOringgEE


Ok. bermulanya cuti bermaksud tahap keboringan akan bertambah dari hari ke hari.. tak kira siang mahupun malam.. boring sampai tak tau nak buat apa.. fb~ selalu disitu, tapi tak buat apa2 pun.. buka tinggai, sampai brapa kali dah duk kena pedajai(sapa tak paham pm me).. tagged~ argh.. lagi boring, tagged tu aku gila time matrik dlu ja.. pastu terkubur gitu ja.. blog~aku buka baca update org ja.. nak tulis mlas nak mampuih.. tumblr~ haha.. tak dak idea dalam kurungan malas... twitter~ boring sebab takdak geng dan tak reti main.. YM~ oh yang ni lagi xleh blah.. aku kan jenis malas nak chatting or message then aku join room.. elok 3,4,5 org buzz or hi.. aku log out.. kahkah... gila sungguh la.. lepas ni aku nak try join grup antarabangsa, kot2 terchatting ngan retis hollywood ka.. haha

Wednesday, January 11, 2012

Hari ini

Bagai melukut ditepi gantang
Kekadang sengaja di tepi gantang
Kerana tahu tak akan ditatang-tatang.






Saturday, January 7, 2012

Entry ini di tujukan kepada my lovely kakak ~ chah

Apa hang igt hang meremovekan diri hang sendiri dari blog hang pastu tukaq url aku xleh cari hang ka?(beliau telah masuk blog gua dan removekan diri dia sendiri) hahaha... hang tak yah duk lari la dari orang tera cam aku.. kahkah.. i even know ur latest entry.. 3 jan right? wahahahaha.... i hope you call me after reading this entry or you can just wait for this coming 15 jan.. i'll be back soon.. hahaha... ooo miss my home oredy.. she is now dah jadi anak tunggal sementara sebab kat rumah ada dia sorang ja.. semua adik beradik gua kat serama(hostel).. nnt aku cuti sebulan weh.. ang dah xleh jadi anak tertunggal.. hahaha..

Friday, January 6, 2012

Nak bagitau

Kalau sakit hati ni memang tak leh nak luah dengan kata-kata kn.. tapi aku ada satu cara yang boleh hilangkan sakit hati ni, untuk orang macam aku ja la.. orang yang foreveralone, yang xdak sapa-sapa tmpat tuk aku luahkan.. takkan nak bagitau family plak kot.. takkan semua masalah nak bagitau depa.. yang penting takkan perkara remeh pun nak merengek-rengek kat family kot.. kawan2? sebab aku sakit ati ngan depa takkan aku nak bagitau depa plak kot.. haha.. 

 ~cara dia  luahkan dengan air mata.. aku serius ni.. kalau kita sakit hati kita luahkan dengan air mata.. biaq sakit tu hilang mengalir sekali dengan air mata tu.. aku tak tipu.. sapa buat tapi xjadi maknanya sakit ati hang tu dah sampai tahap active volcano, tunggu masa ja nak meletus.. kalau yg macam tu tak dapet eden nak nolongnya.. 


p/s: asyik2 aku. lalalalalala~~

Wednesday, January 4, 2012

I Hope

All is WELL~~


Again and again~

Up ja satu isu hot/cool, semua orang sibuk-sibuk nak komen kondem.
Tak nak terlepas.
Cukup masa orang lupa.
Up lagi yang baru, peristiwa berulang lagi, komen kondem.
Pastu lupa lagi.
Up lagi.
Lupa lagi.
Up lagi.
Lupa lagi.
Kesinambungan yang bersambung-sambungan selagi kita mampu besosial di laman sosial..


Tuesday, January 3, 2012

kadang-kadang

kita perlu terima semula sesuatu yang pernah pergi meninggalkan kita.
tapi lebih berhati-hati. extra punya hati-hati. :)